Apakah itu projek 1BestariNet?
1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di
bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di
Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G
dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet
berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran
Bersepadu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari
Mengenai Kami.
Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu?
Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan
penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran,
kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran
Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah
atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G).
Untuk keterangan lanjut, sila layari
Penyelesaian Bersepadu.
Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya
Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial
untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem
pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia
sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai
contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya,
sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak
markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh
berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh
menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog
VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya
sambungan Internet
Kenapa perlu menggunakan Frog?
Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah
dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di
United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan
kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus
untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat
pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan
dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan
pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut
bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan
organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran
bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi,
penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing
sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang
boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.Ketahui lebih lanjut
bagaimana Frog boleh mempertingkatkan pembelajaran dengan menonton
video-video ini!
Bagaimanakah saya boleh mengakses Frog VLE?
ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk
tunggal akan membolehkan anda untuk mengakses Frog VLE. Setiap sekolah
mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk. Untuk mendapatkan
alamat VLE sekolah anda, sila klik
di sini.
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan ID Yes 1BestariNet saya?
ID Yes 1BestariNet disalurkan ke semua sekolah. Sila berhubung dengan sekolah anda untuk mendapatkan ID Yes 1BestariNet anda.
Apakah lagi yang boleh saya perolehi dengan ID Yes 1BestariNet saya?
Dengan ID Yes 1BestariNet anda, anda boleh mengakses Frog VLE serta
seluruh sumber dan aplikasi global daripada Google, Khan Academy, dan
banyak lagi, selain anda boleh mengikuti butiran akaun anda dalam
rangkaian Yes.
Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?
Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan
mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan
pengetahuan.
Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan
yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran,
menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.
Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan
para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi
serta berkongsi sumber dan idea.
Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran
boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan
pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal
menjadi sejarah.
Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem
Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari
kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan
menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal.
Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik
dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan
hanya beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai
rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah
di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE
turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang
berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy,
untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimanakah guru dan pelajar diberi sokongan sepanjang pelaksanaan projek 1BestariNet?
Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan
untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial
video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat
membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman
Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta
berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung
dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari
kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan
sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog,
menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman
Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran
dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar
yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber
yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka
untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak
setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai
pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip,
serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame.
Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya
serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian
dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan
pendapat mereka.
Adakah ibu bapa akan diberi akses Frog VLE?
Ibu bapa akan diberi ID Yes 1BestariNet untuk mengakses Dashboard ibu
bapa dalam Frog VLE. Dengan ID log masuk mereka, ibu bapa boleh
mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG,
acara sekolah, butiran perhubungan sekolah serta memuat turun
borang-borang penting dan dokumen
Mengapakah sekolah saya tidak mendapat liputan sambungan lagi?
Beberapa sekolah di kawasan anda mungkin sudah mendapat liputan, tetapi
bukan sekolah anda. Pelancaran sambungan internet dan Frog VLE bermula
pada Disember 2011 dan sehingga kini ia masih dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat. Semua sekolah rendah dan menengah kerajaan akan
mendapat sambungan menjelang akhir tahun 2013.
Bilakah Frog VLE akan tiba di sekolah saya?
Pelancaran Frog VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik
sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
Di sekolah saya sudah terdapat sambungan internet, tetapi mengapakah sambung VLE belum tersedia lagi?
Beberapa sekolah mungkin sudah mendapat sambungan internet tetapi belum
boleh mengakses Frog VLE. Pelancaran VLE bermula pada Mac 2012 dan masih
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan
diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai
dilaksanakan.
Saya terlupa alamat VLE sekolah saya.
Anda boleh melakukan carian pantas alamat VLE sekolah anda
di sini.
Saya menghadapi masalah dengan sambungan internet atau VLE.
Untuk bantuan teknikal dan isu-isu
penyelesai masalah, sila berhubung dengan Pentadbir Frog sekolah anda.
Jika anda adalah pentadbir Frog, kami mempunyai
Portal Penjagaan Diri (Self-Care Portal) (ID log masuk Pentadbir Frog diperlukan) yang membolehkan anda mengakses bantuan teknikal.